3 Saluran Siarkan Aksi New Zealand vs Malaysia
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

TV Sarawak atau TVS bakal menyiarkan aksi New Zealand menentang Malaysia dalam tiga medium berbeza.

Sebelum ini, penyokong Harimau Malaya ceria apabila TVS bakal menyiarkan perlawanan tersebut secara langsung pada 14 Oktober ini. Perkara ini dimaklumkan stesen televisyen yang berpangkalan di Sarawak itu pada 8 Oktober lalu.

Ad
Sponsors

Kini, penyokong berpeluang menonton perlawanan berkenaan di tiga medium yang disediakan TVS. Bagi yang mahu mengikuti perlawanan di kaca televisyen, mereka boleh menonton aksi New Zealand-Malaysia di saluran 122 MYTV, Unifi TV dan Astro.

Ad

Bagi yang mahu mengikuti perlawanan di media sosial, mereka boleh menontonnya di Facebook, YouTube dan TikTok TVS Entertainment.

Bagi yang tidak berkesempatan menonton di kaca televisyen, mereka boleh menontonnya di laman sesawang tvsarawak.my atau aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO.

Ad

Ini kali pertama Malaysia dan New Zealand berentap dalam aksi persahabatan sejak 23 Februari 2006. Tarikh tersebut menyaksikan Malaysia tewas 2-1 kepada tuan rumah.

Ad

Selepas ketinggalan menerusi gol Campbell Banks, Safee Sali menceriakan kem Harimau Malaya dengan gol penyamaan. Walau bagaimanapun, Andrew Barron memastikan kemenangan milik All Whites.

Ad

Sebagai persiapan menentang New Zealand, anak buah Pau Marti Vicente bakal berdepan pendatang baru A-League, Auckland FC pada 11 Oktober ini.