4 Pemain Utama Korea Selatan ‘Meletup-Letup’ Di Eropah
Asia
FA Korea
Advertisements

Pasukan ketiga terbaik Asia, Korea Selatan kini sibuk mengatur persiapan ke Piala Asia 2023.

Persiapan pasukan yang dibimbing Jurgen Klinsmann itu mendapat suntikan semangat apabila empat tonggak utama mereka cemerlang dengan pasukan masing-masing di Eropah.

Empat pemain yang dimaksudkan ialah Kim Min-jae (Bayern Munich), Lee Kang-in (Paris Saint-Germain), Hong Hyun-seok (KAA Gent) dan kapten, Son Heung-min (Tottenham Hotspur).

Advertisements

Heung-min cemerlang membantu Spurs mengalahkan Everton 2-1. Mengikut data Sofascore, beliau beraksi selama 90 minit dengan menjaringkan satu gol dan membuat hantaran tepat sebanyak 71%.

Bintang muda Korea, Kang-in pula terus mencabar slot kesebelasan utama PSG. Beraksi sebagai bek sayap kiri, beliau banyak mencetuskan huru-hara ke atas pertahanan Metz.

Kang-in bukan saja memiliki ketepatan hantaran sebanyak 94% mengikut Sofascore. Malah, beliau memastikan PSG mendapat gol awal dengan mencipta bantuan gol untuk Vitinha pada minit ke-49.

Advertisements

Gol Vitinha dan dua gol Kylian Mbappe memastikan PSG mengalahkan Metz 3-1 dalam aksi terbaru Ligue 1.

Sementara Min-jae pula terus membuktikan reputasinya sebagai orang besi Die Roten dan Korea Selatan. Bekas bek tengah Napoli itu bukan saja mendapat markah 8.3 mata sekaligus dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan ketika menentang VfB Stuttgart.

Malah, Min-jae berjaya mengeluarkan bola sebanyak enam kali dan menghalang pergerakan bola sebanyak enam kali menurut data Sofascore.

Advertisements

Hyun-seok terus memperkukuh namanya dalam arena bola sepak Belgium bersama KAA Gent.

Aksi terbarunya bersama pasukan itu menyaksikan beliau mencipta satu bantuan gol semasa mereka mengalahkan Oud-Heverlee Leuven 4-0 pada 22 Disember lalu.

Prestasi cemerlang empat pemain ini bakal ditagih Klinsmann bila kempen Piala Asia 2023 bermula pada 12 Januari ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram