MakanBola Media

Semuanya Tentang Kami

MakanBola Media ditubuhkan oleh Sevenmaker Solutions pada 1 July 2019 untuk memenuhi kehendak masyarakat terhadap isi kandungan bola sepak Malaysia.

Misi utama kami adalah menyampaikan berita dan penulisan bola sepak sepantas mungkin dengan sistem operasi penulis rotation 24/7 tanpa henti.

Ini bagi memastikan penyokong memperoleh informasi dengan lebih cepat selain tidak meminggirkan bola sepak komuniti seperti Liga M3 dan liga sosial.

Jurang besar berkaitan informasi bola sepak Eropah dan tempatan turut menjadi salah satu motivasi kami untuk mencipta suasana penyampaian berita santai dalam negara sama seperti yang diamalkan media barat terutamanya di UK dan Sepanyol.

MakanBola secara rasminya didaftarkan sebagai syarikat media pada 1 Julai 2021 dengan nama MakanBola Media dan bergerak di bawah Rakyatz Media Group.

Ikuti MakanBola Media di Linkedin untuk informasi lanjut.