‘Adisak Tak Membantu Rakan Sepasukannya’ – Tomislav Steinbruckner
Liga Super
Flash sukan
Advertisements

Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner kurang berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh penyerang baharunya, Adisak Kraisorn.

Beliau melihat Adisak tidak membantu rakan sepasukannya sekaligus menyebabkan pemain-pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) mudah mendominasi permainan.

Oleh sebab itu, penyerang Thailand itu dikeluarkan pada separuh masa kedua dan menggantikan dengan pemain muda, Syafik Ismail.

Advertisements

“Pada separuh masa pertama jika anda lihat dia (Adisak) membiarkan Arif Aiman, Matt Davies dan Juan Muniz menguasai kawasan tengah dan langsung tidak membantu rakan sepasukannya,” kata Steinbruckner.

Jurulatih berusia 56 tahun ini mengakui sistemnya nampak berkesan ketika bertahan. Namun, selepas Bergson berjaya mencetak jaringan, para pemain mula hilang arah.

Walaubagaimanapun, beliau faham dengan situasi semua pemain kerana masih lagi dalam fasa memahami falsafah baharu yang mahu diterapkannya. Oleh itu, beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa.

Advertisements

“Saya tidak boleh terlalu merungut tentang pemain kerana ini kali pertama pasukan saya bermain dengan sistem baharu dan masalahnya sistem itu berkesan ketika bertahan tetapi apabila Bergson berjaya menjaringkan gol, bermakna pemain hilang fokus.

“Pemain saya tidak sepatutnya meninggalkan Bergson sendirian beberapa meter dari tiang gol.  Tiada siapa yang rapat dengannya dan terdapat kesilapan individu.

“Kami melakukan beberapa perubahan dengan menggantikannya dengan Syafik Ismail kerana pemain itu mempunyai kepantasan,” kata Steinbruckner dipetik daripada SNE Sports.

Advertisements

Jurulatih kacukan Croatia-Jerman itu turut mendedahkan bahawa Adisak telah mengalami kecederaan sebelum ini dan baru sahaja pulih. Mungkin sebab itu, beliau menghadapi masalah untuk kekal cergas dalam perlawanan semalam.

“Beberapa hari lalu, Adisak juga tidak dapat menyertai latihan pasukan dan hanya turun berlatih semalam selepas mengalami sedikit kecederaan,” katanya lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram