Cristiano Ronaldo Buktikan Otak, Mata & Kakinya Bergerak Seiring
Asia
Saudi Pro League
Advertisements

Kapten pasukan Al-Nassr, Cristiano Ronaldo cemerlang membantu pasukannya mencatat kemenangan dalam aksi Saudi Pro League awal pagi tadi.

Beraksi di laman sendiri, Al-Nassr berjaya menewaskan Al-Taawon dengan keputusan 2-1 sekaligus memastikan tiga mata berharga berada dalam cengkaman. Dua gol dari pasukan tuan rumah terhasil hasil bantuan jaringan daripada Cristiano Ronaldo.

Gol pertama Al-Nassr hadir seawal minit ke-17 permainan apabila lorongan cantik dari Ronaldo mudah disempurnakan sayap Al-Nassr, Abdulrahman Ghareeb. Ledakan Abdulrahman cukup baik untuk memastikan Al-Nassr berada di depan.

Advertisements

Tersentak dengan jaringan tersebut, pasukan pelawat tak henti menyerang. Pada minit ke-47 permainan, Alvaro Medran menjaringkan gol buat Al-Taawoun sekaligus kedudukan terikat seri 1-1.

Pada minit ke-78 permainan, Cristiano Ronaldo sekali lagi membantu pasukannya meledak. Tapping mudah Ronaldo berjaya disempurnakan Abdullah Madu dengan satu rembatan kencang menewaskan penjaga gol Al-Tawoun, Mailson.

Idea serta visi yang dilihat Ronaldo berjaya membuktikan otak, kaki dan matanya masih bergerak seiring setiap kali menghidu peluang.

Advertisements

Al-Nassr kini terus menghuni kedudukan teratas saingan Liga Saudi dengan 40 mata secara keseluruhan. Setakat 17 perlawanan, Al-Nassr berjaya mencatat 12 kemenangan, 4 seri dan 1 kekalahan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram