‘Dokumen Dari Jerman’ Mats Deijl Hampiri Harimau Malaya
Harimau Malaya
MakanBola
Go Ahead Eagles
Advertisements

Pertahanan Go Ahead Eagles, Mats Deijl menunggu dokumen dari Jerman sekaligus menghampiri Harimau Malaya.

Baru-baru ini, tular berita selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Dato’ Hamidin Mohd Amin bahawa FAM telah dihubungi oleh pemain kelahiran Belanda.

Advertisements

Beliau memberitahu Ketua Jurulatih, Pau Marti mengenai susur galurnya yang berketurunan Malaysia.

Mats dalam satu sesi audio siar mengesahkan perkara tersebut dan mengakui sedia mempertimbangkan untuk mewakili Harimau Malaya.

Advertisements

“Jadi, saya beritahu mereka bahawa saya berdarah Malaysia. Kemudian mereka berkata, ‘Apakah anda sedia mempertimbang beraksi untuk skuad bola sepak Malaysia?’ Saya kata, ‘Jika itu boleh dilakukan, sudah tentu.’

Beliau mengesahkan juga bahawa FAM kini sudah meminta beberapa dokumen daripada pihaknya termasuklah datuknya yang perlu diambil dari Jerman.

Advertisements

“Sekarang ini, mereka meminta sijil kelahiran ibu dan bapa saya yang menetap di Belanda dan daripada datuk saya.

“Dokumen itu perlu dihantar dari Jerman, dokumen itu kini dihantar,” katanya bila ditemu bual program audio siar Sam & Eus: Tijgerbalsem.

Advertisements

Seorang lagi pemain yang dikaitkan untuk membantu Harimau Malaya ialah kapten Burnley FC, Joshua Brownhill.

News Comments Account