Egy Maulana & Witan Sulaeman Tinggalkan FK Senica

egywitan Egy Maulana & Witan Sulaeman Tinggalkan FK Senica
theaseanball

Dua bintang muda Indonesia, Egy Maulana dan Witan Sulaeman dikhabarkan sudah meninggalkan kelabnya FK Senica ekoran masalah tunggakan gaji yang kini semakin teruk.

Menurut laporan Media Slovakia, dua pemain tersebut telah kembali ke tanah air Indonesia kerana difahamkan mereka bukan lagi berstatus sebagai pemain FK Senica.

Expand player

“Egy dan Witan tidak lagi berada di Slovakia. Menurut informasi, mereka telah terbang pulang ke negaranyadan beberapa peminat telah berjumpa dengan Egy di Qatar,” Esencia Hry.

Sebelum ini, masalah tunggakan gaji selama 7 bulan masih belum diketahui sama ada sudah diselesaikan atau belum kepada barisan pemain termasuk dua bintang Indonesia ini.

Hasil carian daripada Asean Football, Egy Maulana dan Witan Sulaeman tidak tersenarai dalam skuad utama FK Senica untuk kali yang kedua bagi saingan Liga Slovakia musim ini.