FAM Sudah Jumpa Ariff Isu Pegawai Melaka Bersikap Biadap Ketika Kursus Kejurulatihan

Richard Sinapan Melaka FAM Sudah Jumpa Ariff Isu Pegawai Melaka Bersikap Biadap Ketika Kursus Kejurulatihan
Foto: Melaka United Soccer Association (MUSA)
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Isu membabitkan instruktor kursus kejurulatihan di Melaka yang bersikap biadap sepertimana dibangkitkan oleh salah seorang peserta kursus, Mohd Ariff Zulkifly, nampaknya mendapat perhatian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

MakanBola pada Rabu lalu, menyiarkan pendedahan Ariff yang juga bekas pemain remaja kebangsaan, mengenai sikap instruktor itu, Richard Sinapan, yang menurutnya menyentuh perkara-perkara sensitif yang tidak berkaitan dengan kursus, bersifat perkauman dan mencabar kedaulatan negara.

Advertisements

Dia juga memberitahu Richard mengendalikan kursus dengan cara tidak betul, yang bersifat penderaan mental dan fizikal.

Berita Berkaitan : Kursus Kejurulatihan di Melaka Didakwa Ada Unsur Biadap Tahap Tinggi

Advertisements

Susulan pendedahan itu, Ariff memberitahu pegawai FAM telah segera menghubungi dan berjumpa dengannya bagi mendapatkan maklumat lebih jelas tentang apa yang berlaku.

“Ribuan terima kasih kepada pihak FAM yang begitu cakna dan memberi perhatian yang serius ke atas aduan yang saya kemukakan.

Advertisements

“Kepada peserta Kursus Kejurulatihan AFC/Diploma ‘C’ usah khuatir, atas budi bicara pihak FAM memberi jaminan kursus fasa pertama tetap valid seperti biasa bagi menghargai penat lelah anda semua,” ujarnya.

Ariff juga memberitahu bahawa beberapa pandangan telah dikongsikan bersama wakil FAM tersebut demi memastikan kualiti dan kelancaran kursus di masa akan datang.

Advertisements

“Saya juga memohon agar jurulatih tidak lagi terlibat dalam sesi demo latihan atas faktor usia dan fizikal malah digantikan dengan Instructor lain yang lebih berkualiti. Pemain muda atau Akademi akan turut terlibat untuk sesi demo latihan kali ini.

“Selain itu, saya memohon agar keselesaan para jurulatih sepanjang kursus kedua selepas ini dipertingkatkan lagi dari sudut pemakanan, tempat tinggal dan peralatan dalam menyiapkan sebarang tugasan.

Advertisements

“Saya juga memohon maaf, jika aduan saya telah sedikit sebanyak mencalarkan kredibiliti petugas kerajaan, mahupun mana-mana badan beruniform. Niat saya jelas, saya menyanjung tinggi Perlembagaan Negara dan Kedaulatan Undang-Undang dan menghargai jasa anda semua dalam mendidik anak bangsa dan memelihara keamanan negara.

“Tidak dilupakan kepada Pihak Polis Balai Ayer Keroh, IPD Melaka Tengah dan Pihak Polis Cawangan Khas yang banyak memberi nasihat dan bimbingan agar masalah diselesaikan dengan cara berintegriti.

Advertisements

“Dengan ini, saya menyeru jika ada sebarang maklumat tambahan tentang salahlaku instructor tersebut, boleh direct berhubung dengan saya mahupun pihak FAM atau pihak berkuasa yang berhampiran demi menjamin kualiti masa depan sukan bola sepak negara,” kata bekas pemain Real Mulia dan Air Asia itu.

Dengan itu, Ariff menyerahkan segala bentuk siasatan dan tindakan lanjut ke atas instruktor tersebut selepas ini, kepada pihak FAM dan polis, sambil menyatakan mahu berehat dari sebarang aktiviti bola sepak buat masa ini.

Advertisements