Tonton: Gol Roket Ikhwan Yazek Buat Penjaga Gol PDRM ‘Lemas’
Dunia
MFL
Advertisements

Pemain sayap pasukan Kelantan FC, Ikhwan Yazek meraih tumpuan apabila menjadi wira untuk membantu pasukan mencatat kemenangan ke atas PDRM dengan keputusan 2-1.

Ikhwan masuk sebagai pemain gantian buat   Kelantan nyata memberi suntikan tambahan buat jentera serangan pasukan.

Selepas gol penyamaan menerusi sepakan penalti Shamil Abd Ghani, para pemain The Red Warriors jelas terus bersemangat untuk mencari gol kedua.

Advertisements

Anak didik Rezal Zambery Yahya banyak melakukan gerak dari bahagian sayap selepas separuh masa kedua bersambung.

Hal ini jelas menjadi ancaman yang cukup besar buat PDRM untuk menyekat kemaraan pasukan tuan rumah.

Tekanan yang diberikan oleh jentera serangan Kelantan nyata membuahkan hasil selepas hantaran kepada penjaga gol lawan, Firdaus Irman memaksa beliau untuk melakukan kesilapan.

Advertisements

Penjaga gol muda itu mudah melakukan hantaran kepada Ikhwan yang tidak dikawal rapi di bahagian 30 meter PDRM.

Tidak menunggu lama, beliau yang melihat ada ruang yang boleh dimanfaatkan terus melakukan satu rembatan kencang untuk mengesahkan 3 mata buat Kelantan.

Ketika ini, Kelantan mengumpul 35 mata selepas 15 perlawanan sekaligus melebarkan kedudukan dengan pasukan kedua, JDT II yang turun beraksi pada malam ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram