Jurulatih Laos Senaraikan 3 Punca Utama Kekalahan Mudah Kepada Malaysia
Asia
LFF Offcial
Advertisements

Disebalik kekalahan 1-3 kepada Malaysia semalam, ketua jurulatih Laos, Michael Weiss akui akur dengan keputusan tersebut namun beliau menyatakan beberapa perkara yang menyumbang kepada kekalahan pasukannya.

Weiss menyenaraikan tiga sebab utama yang dirasakan menjadi punca kekalahan kepada Malaysia. Antara sebab yang didedahkan ialah pemain Laos kekurangan tenaga kerana sudah beraksi tiga perlawanan, hilang tonggak utama dan pemain melepaskan gol mudah.

“Kami kekurangan tenaga dan kebanyakannya adalah gol  mudah tetapi sememangnya Malaysia menguasai perlawanan tetapi kurang mencipta peluang bagaimanapun mereka berhak menang tanpa ragu, kalau boleh saya mahukan pasukan saya dalam keadaan segar kerana mereka sudah menghadapi tiga perlawanan. 

Advertisements

“Ia berbeza kerana kami pernah berhadapan dengan mereka sebelum ini dan saya tahu serba sedikit bagaimana menghadapinya tetapi kami tidak bertenaga hari ini, pemain terbaik saya nombor 17 yang bermain dengan cemerlang ketika menentang Kemboja tidak dapat diturunkan hari ini dan juga dua atau tiga lagi pemain yang tidak bersedia untuk beraksi selama 90 minit”, katanya seperti dipetik Bernama.

Pada aksi malam tadi, penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin menjaringkan dua gol masing-masing pada minit ke-36 dan ke-67 sementara satu gol lagi dijaringkan Muhamad Syahir Bashah pada minit ke-43. Laos cuba untuk bangkit pada penghujung permainan dan mereka berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-85 menerusi pemain gantian Visith Bounpaserth.

Namun segalanya sudah terlambat untuk menafikan kemenangan bergaya Malaysia yang kini menghuni kedudukan teratas kumpulan B.

Advertisements

Malaysia terus mencari peluang memastikan satu tempat ke separuh akhir apabila bertemu Singapura, Sabtu ini dan mengakhiri perlawanan kumpulan bertemu Kemboja pada 16 Mei.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram