Kedah FC Bakal Hantar Ubi Muda Ke Real Madrid
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Dengan Kedah FC menunjukkan prestasi memberangsangkan di atas padang, pengurusan Kenari tidak lupa kepada pembangunan akar umbi. Semalam, mereka mengumumkan 12 ubi muda bakal dihantar berlatih di Real Madrid dari 17 hingga 25 Jun ini.

12 orang pemain ini terpilih kerana merupakan sebahagian dari skuad Kedah FC F (skuad bawah 14 tahun) yang memenangi The Global Road To Real Madrid Foundation Clinic 2023.

Justeru, satu upacara perlepasan secara simbolik dibuat oleh pemilik pasukan, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar. Ia diadakan semasa rehat separuh masa perlawanan Liga Super Kedah FC-Perak FC semalam.

Advertisements

Pencapaian mereka ini turut mendapat pujian beliau dalam satu catatan di Facebook hari ini. Bagi Daud, pencapaian yang dilakar mereka mengharumkan nama negeri Kedah FC.

Justeru, beliau berharap pemain-pemain ini meneruskan kemajuan yang dicapai dan memanfaatkan pengalaman sepanjang berada di Los Blancos.

“Tahniah kepada KDA FC F jurulatih, pemain dan kepimpinan sekolah sukan serta penaja lawatan ini. Anda semua mengharumkan nama Kedah Darul Aman.

Advertisements

“Bakat muda bola sepak di Kedah sentiasa mengalir laju macam salji di musim panas mengalir dari gunung salji,” katanya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram