Kelayakan Piala Dunia: Korea Selatan Tepati Ramalan Tewaskan Singapura
Asia
MakanBola
FA Singapore
Advertisements

Hasrat Korea Selatan untuk mulakan kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 dengan kemenangan menjadi kenyataan apabila mudah tewaskan Singapura 5-0 dalam aksi yang dilangsungkan di Stadium Piala Dunia Seoul itu.

Korea Selatan yang menurunkan pemain-pemain bintang mereka seperti Son Heung-min, Kim Min-jae dan Lee Kang-in telah mendominasi perlawanan sejak wisel permulaan lagi. Manakala kesemua pemain Singapura berkampung di kawasan sendiri.

Advertisements

Namun beberapa percubaan Korea Selatan tidak berjaya menewaskan Hassan Sunny sehinggalah pada minit ke-43, Cho Gue-sung menyudahkan hantaran lolos yang menarik dari Lee Kang-in yang terus menerjah gawang.

Kedudukan 1-0 memihak Korea Selatan untuk separuh masa pertama.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Korea Selatan meneruskan penguasaan dan hanya empat minit sahaja diperlukan mereka untuk gol kedua. Kali ini melalui bintang Wolverhampton, Hwang Hee-chan yang menyambar hantaran daripada Cho Gue-sung.

Korea terus menggandakan asakan bagi menambah jaringan. Hasilnya pada minit ke-63 melalui kapten pasukan, Son Heung-min yang mudah menewaskan Hassan Sunny untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Advertisements

Pesta gol Korea berterusan apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti. Hwang Ui-jo yang mengambil sepakan penalti itu tidak berdepan masalah untuk menyelesaikannya sekali gus menggandakan kedudukan menjadi 4-0 memihak Korea.

Lee Kang-in meneruskan momentum Korea Selatan dengan jaringan kelima pada minit ke-85 yang terus mematikan langkah kebangkitan Singapura dalam perlawanan ini.

Perlawanan tamat dengan kemenangan besar 5-0 memihak Korea Selatan. Untuk perlawanan seterusnya, Korea Selatan bakal bertemu China pada 21 November ini di gelanggang lawan. Manakala Singapura pula bakal menjadi tuan rumah kepada Thailand pada tarikh yang sama.

Advertisements

News Comments Account