Kemajuan Semasa Projek Kompleks Sukan Shah Alam
MakanBola
Stadium Shah Alam

Projek Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) termasuk Stadium Shah Alam (SSA) baharu terus menunjukkan perkembangan baik.

Ini selepas SSA berkongsi perkembangan terbaru projek tersebut di semua platform rasmi mereka. Kemajuan projek KSSA ketika ini melebihi 6%.

“Status semasa projek ialah 6.61% dan setakat ini berjalan mengikut perancangan,” katanya dalam satu kenyataan.

“Buat masa ini, kerja-kerja yang sedang dijalankan adalah kerja tanah dan persediaan tapak sebagai langkah awal pembangunan.”

SSA percaya jika semuanya berjalan lancar, projek ini dijangka siap menjelang pertengahan 2029.

KSSA dirancang sebagai pembangunan bersepadu yang merangkumi sukan, komuniti, kemudahan awam, aktiviti komersial dan akses mobiliti.

Ini termasuk SSA di mana fasa pembinaan stadium dijangka siap pada 2028. Stadium itu juga bakal dilengkapi teknologi padang boleh alih dan memiliki kapasiti 40,000 hingga 50,000 tempat duduk.