Kerusi lama Stadium Shah Alam akan di berikan secara percuma susulan kerja-kerja merobohkan sudahpun dimulakan.
Memetik laporan Pusat Informasi Selangor, kesemua kerusi yang berada dalam keadaan baik akan disimpan manakala yang rosak akan dilupuskan.
Pihak Stadium menawarkan kerusi percuma kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mana-mana Pejabat Daerah yang memerlukannya.
“Ada yang bertanya. Dalam kerja perobohan Stadium Shah Alam, apa jadi dengan kerusi-kerusi di stadium ini
“Untuk makluman, kesemua kerusi ini akan di ‘dismantle’ dan diasingkan. Yang mana yang rosak, akan dilupuskan. Yang elok akan disimpan di dalam tempat simpanan.
“Kerusi-kerusi yang elok ini akan ditawarkan secara percuma kepada PBT dan Pejabat Daerah sekiranya mahu dipasang di stadium-stadium daerah atau di astaka-astaka di padang daerah.
Bukan itu sahaja, lebihan kerusi yang elok ini turut ditawarkan kepada sekolah-sekolah di Selangor bagi yang mempunyai keperluan kerusi tersebut.
“Saya juga akan mencadangkan untuk kerusi-kerusi ini turut ditawarkan kepada sekolah-sekolah di Selangor yang mempunyai astaka untuk dipasang di situ,” ciapan Ahmad Azri Zainal Nor.
Menurut laporan, terdapat 86 ribu kerusi sedia ada dan akan dibuka sebelum diberikan secara percuma kepada pihak PBT untuk menggunakannya sebaik mungkin.