Vietnam mula mengatur persiapan untuk saingan Piala Asia 2023 yang akan berlangsung pada bulan hadapan.
Portal TheThao247 mendedahkan lawan Malaysia dalam kelayakan Piala Dunia, Kyrgyzstan sebagai pasukan yang bakal menguji anak-anak buah Philippe Troussier itu pada 9 Januari ini.
Ini merupakan perlawanan pemanas badan kedua yang bakal dilalui The White Falcons sebelum ke Piala Asia.
Ini kerana mereka turut menerima jemputan Syria sebagai lawan dalam aksi persahabatan yang diadakan pada 5 Januari.
Pertembungan kedua-dua pasukan dijangka menarik memandangkan kedua-duanya berada dalam kedudukan ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang hampir sama.
Vietnam ketika ini menduduki ranking ke-94 dengan Kyrgyzstan pula menduduki kedudukan ke-98.
Pahlawan Bintang Emas berada dalam Kumpulan D bersama Indonesia, Iraq dan Jepun. Mereka bakal memulakan kempen Piala Asia dengan menentang Jepun pada 14 Januari ini.