fbpx

Lihat Aksi Lelaki Ini Solat Di Tengah Jalan

501 views

Seorang lelaki dirakam melakukan solat di tengah jalan berdekatan kawasan Batu Caves sekaligus mengundang perhatian orang ramai yang hairan dengan tindakan tersebut.

Video klip berdurasi 32 saat tersebut dimuat naik oleh Info Roadblock JPJ / Polis dan ianya telah ditonton lebih 20,000 kali.

Dipercayai kejadian ini berlaku berdekatan Kuil Batu Caves di bawah Jambatan Tingkat menghala ke Ulu Yam.

Lelaki tersebut kelihatan melakukan sembahyang manakala orang ramai mengawal aliran trafik kerana risaukan keselamatan lelaki berkenaan.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan lelaki tersebut kerana ia menyusahkan orang lain selain salah di sisi agama Islam kerana menghalang lalu lintas dan menyusahkan orang ramai.

Kongsikan Berita Gembira Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Sedang #trending

You May Also Like