Liridon Bakal Tinggalkan Odisha?
Dunia
odishafcofficial
Advertisements

Pemain naturalisasi Malaysia, Liridon Krasniqi dikhabarkan tidak akan beraksi di Liga India bersama pasukan Odisha bagi musim baharu nanti.

Liridon Krasniqi sebelum ini menyertai Odisha FC pada bulan Ogos yang lalu secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim bagi menghadapi musim 2021/22 di Indian Super League (ISL)

Menurut penulis media Times India, Marcus Mergulhao, berkemungkinan Odisha FC tidak akan melanjutkan tempoh pinjaman buat pemain berusia 30 tahun ini. Jika perkara ini berlaku, beliau akan kembali semula ke JDT.

Advertisements

Untuk rekod, pemain kelahiran Yusgoslavia itu berjaya beraksi sebanyak 16 perlawanan bersama Odisha FC dan tidak mencatatkan sebarang gol serta bantuan jaringan.

Adakah kehadiran Liridon Krasniqi dalam skuad JDT bakal jadi tonik tambahan buat pasukan tersebut untuk meneruskan rentak kecemerlangan mereka?

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram