Negeri Sembilan Sambar ‘Orang Besi’ Korea Selatan
Transfer
Negeri Sembilan FC
Advertisements

Negeri Sembilan FC terus memperkukuh pasukan menjelang musim baru Liga Super yang bakal membuka tirainya pada bulan hadapan.

Skuad Rusa sah mendapatkan pemain tengah Korea Selatan, An Sang-su sebagai pemain import kelima pasukan.

Perpindahan pemain berusia 24 tahun itu diumumkan pengurusan Negeri Sembilan di platform media sosial mereka semalam.

Advertisements

“An Sang-su kini bersama Jang. Berasal dari Korea Selatan, pemain tengah ini menyertai Negeri Sembilan FC dari pasukan K-League 2, Chungbuk Cheongju FC.”

“Berusia 24 tahun, An Sang-su juga mampu bermain sebagai pertahanan tengah dan bek kanan.”

“Selain beraksi bersama skuad Liga Super Negeri Sembilan FC, An Sang-Su juga akan bermain bersama skuad Negeri Sembilan FC B-23 dalam saingan Piala MFL,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Advertisements

Sang-su menyifatkan Negeri Sembilan sebagai pasukan sesuai untuk mengembangkan karier bola sepaknya dan berharap dapat membantu pasukan itu memberi cabaran dalam liga.”

“Pasukan ini mempunyai ramai pemain yang berbakat. Saya gembira berlatih bersama mereka. Mereka melayan saya seperti satu keluarga dan ini penting dalam pasukan bola sepak.”

“Pengalaman saya mewakili Chungbuk Cheongju FC yang bermain di K-League 2 akan saya gunakan untuk membantu pasukan ini,” ujarnya.

Advertisements

Sang-su menjadi pemain import terbaru skuad Rusa selepas Aliyu Abubakar, Hein Htet Aung, Takumi Sasaki dan Jacque Faye.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram