Advertisement
Penganalisis Ini Kongsi Bagaimana Dion Cools Boleh Jaringkan Dua Gol
Harimau Malaya
MakanBola
Azri/MakanBola

Umum mengetahui pemain bintang Malaysia, Dion Cools berjaya meledak dua gol dalam kemenangan bermakna 4-3 Malaysia ke atas Kyrgyzstan dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 tempoh hari.

Tetapi bagaimana jaringan itu terjadi? Seorang pengalanisis taktikal, Shaiful Shazwan telah berkongsikan mengenai bagaimana dua gol Dion Cools itu boleh dihasilkan.

Situasi gol pertama Dion Cools minit ke-7

Gol pertama terhasil melalui sepakan sudut yang diambil oleh Arif Aiman yang terus disambar Dion Cools untuk mendahului perlawanan.

image 32 Penganalisis Ini Kongsi Bagaimana Dion Cools Boleh Jaringkan Dua Gol
Gambar kredit: Shaiful Shazwan

Sebelum Dion Cools menanduk bola tersebut, Brendan Gan dan Corbin Ong terlebih dahulu melaksanakan peranan mereka sebagai blockers yang menghalang dua pemain Kyrgyzstan daripada mendekati Dion Cools.

image 33 Penganalisis Ini Kongsi Bagaimana Dion Cools Boleh Jaringkan Dua Gol
Gambar kredit: Shaiful Shazwan

Ianya sekali gus memberikan ruang yang luas kepada Dion Cools menanduk bola sepakan sudut Arif Aiman dengan sempurna.

Situasi gol kedua Dion Cools minit ke-77

Untuk gol kedua Dion Cools yang juga merupakan gol ketiga Malaysia, terdapat tiga pemain yang melaksanakan peranan mereka sebagai blockers iaitu Endrick Dos Santos, Daniel Ting dan Corbin Ong.

Ketiga-tiga pemain ini telah berjaya menghalang pemain-pemain Kyrgyzstan daripada mendekati Dion Cools. Situasi yang sama berlaku seperti gol pertama Malaysia.

image 34 Penganalisis Ini Kongsi Bagaimana Dion Cools Boleh Jaringkan Dua Gol

Turut sama memainkan peranan adalah Paulo Josue yang menghalang seorang lagi pemain Kyrgyzstan yang cuba menghalang Dion Cools dari belakang.

image 35 Penganalisis Ini Kongsi Bagaimana Dion Cools Boleh Jaringkan Dua Gol

Sepakan sudut yang kemas telah diambil oleh Arif Aiman yang terus mencari Dion Cools. Lonjakan tinggi Dion Cools berjaya menewaskan semua pemain Kyrgyzstan untuk gol penyamaan Malaysia.

“Dion Cools merupakan antara key players yang menggalas tugasan sebagai attackers setiap kali Malaysia memperoleh sepakan penjuru, dan beliau akan disokong oleh rakan sepasukannya seperti Brendan Gan, Corbin Ong, serta Endrick dan Daniel Ting yang dibawa masuk ketika babak kedua permainan selaku ‘blockers’ pasukan.

“‘Blockers’ akan memastikan mereka menggunakan kekuatan fizikal yang dimiliki mereka untuk menghadang pemain lawan bagi membolehkan Dion Cools (Attackers) menyerang sebarang bukaan ruang yang boleh dieksploitasi untuk menjaringkan gol,” coret Shaiful Shazwan di laman Facebook milik beliau.

Secara kesimpulannya, kedua-dua gol yang dijaringkan Dion Cools itu telah dibantu oleh dua hingga empat pemain lain dalam situasi bola mati. Dengan dua gol yang dijaringkan Dion Cools itu, beliau telah dinobatkan pemain terbaik perlawanan

Analisis Taktikal Penuh Shaiful Shazwan DI SINI.