Perancis Pecah Rekod Belasah Lawan 14-0

Kylian Mbappe Perancis Perancis Pecah Rekod Belasah Lawan 14-0
Goal
Nabil Fahmi @nabilfamy
10:03am 19/11/2023

Skuad kebangsaan Perancis bejaya memecahkan rekod kemenangan terbesar apabila membelasah Gibraltar dengan keputusan 14-0 pada aksi Kumpulan B Kelayakan EURO awal pagi tadi.

Kemenangan terbesar sebelum ini dipegang oleh Jerman yang menewaskan San Marino dengan keputusan 13-0 pada tahun 2006.

Ia juga merupakan kali pertama pasukan Eropah menjaringkan 14 gol dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia atau Kejohanan Eropah.

Marcus Thuram, Zaire-Emery, Kylian Mbappe, Jonathan Clauss, Kingsley Coman dan Youssouf Fofana menjaringkan gol pada separuh masa pertama perlawanan Kumpulan B selepas Perancis mendahului menerusi gol sendiri pada minit ketiga.

Deschamps memberi kepercayaan kepada Zaire-Emery yang berusia 17 tahun bagi penampilan sulungnya, sekali gus menjadikannya pemain Perancis termuda sejak 1914. Pemain muda itu menjadi penjaring termuda untuk Perancis selepas meledak pada pada minit ke-16.

Pesta gol Perancis diteruskan dengan jaringan Adrien Rabiot, Kingsley Coman dan Ousmane Dembele yang menjadikan kedudukan 10-0 sebelum Mbappe menjaringkan dua gol untuk melengkapkan hatriknya.

Pemain gantian Olivier Giroud, penjaring terbanyak Perancis sepanjang zaman, turut meledak dengan dua gol lewat permainan untuk menambah koleksi golnya kepada 56 gol untuk Perancis.

Dengan kemenangan 14-0 itu, ianya terus memadam rekod kemenangan terbesar Perancis selama 28 tahun yang dicipta pada tahun 1995 ketika menewaskan Azerbaijan 10-0.

Highlight Penuh Perancis dan Gibraltar DI SINI.