Raja Imran Shah Sah Sertai Perak
Dunia
TBG TV
Advertisements

Pencarian Perak bagi mengisi slot bek tengah mereka untuk saingan Liga Malaysia musim depan akhirnya tamat dengan penyertaan bekas bek tengah Kuching United, Raja Imran Shah.

Isu pertahanan yang kerap bocor menghantui pasukan Perak sepanjang kempen Liga Malaysia musim ini termasuk Liga Perdana. Justeru, bagi jurulatih Lim Teong Kim, hal ini perlu ditangani segera bagi membolehkan Perak tampil mantap pada musim hadapan.

Dengan ketibaan bek tengah berusia 23 tahun itu, Raja Imran dijangka akan digandingkan dengan Sunday Afolabi sebagai orang besi bahagian pertahanan. Selain Raja Imran, Bryan See turut dibawa masuk sebagai solusi pertahanan Perak.

Advertisements

Kehadiran Raja Imran amat dinantikan penyokong-penyokong Perak yang mahu melihat pemain-pemain berkualiti membarisi kesebelasan utama mereka. Dia merupakan pemain keempat yang dibawa masuk Bos Gaurus selepas Bryan, Harith Naem dan Ilham Aqil.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram