“Sekiranya Saya Tak Berikan Yang Terbaik Lawan Oman, Saya Akan Dihentam” – Faisal Halim
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim mengakui bahawa beliau perlu menunjukkan prestasi terbaik bila turun menentang Oman nanti.

Nama pemain sayap Selangor FC itu menjadi sebutan penyokong negara apabila memenangi undian Gol Terbaik Piala Asia 2023.

Faisal mengakui selepas menggondol anugerah tersebut, beliau tidak merasai sebarang tekanan daripada penyokong.

Advertisements

Bagaimanapun, pada masa sama, bekas pemain sayap Terengganu FC itu mahu memberi yang terbaik bagi memastikan Malaysia mendapat keputusan positif.

“Itu sebenarnya berbahaya sebab semua orang tahu saya sudah menang anugerah Gol Terbaik Piala Asia. Ia sedikit bebanan kepada diri saya juga.

“Kalau saya tidak dapat berikan yang terbaik ketika lawan Oman, saya akan dihentam. Tetapi kalau dapat buktikan yang terbaik, bermakna selamatlah untuk diri saya.

Advertisements

“Jadi, saya tidak anggap ia sebagai satu bebanan yang berat. Saya hanya Faisal Halim yang biasa dan saya buat kerja saya seperti biasa,” katanya pada sesi latihan Harimau Malaya di Wisma FAM seperti dilaporkan oleh Harimau Malaya.

Malaysia bakal berdepan Oman untuk dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026 dengan aksi pertama di Muscat pada 21 Mac.

Ini disusuli aksi timbal balik yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Mac.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram