Selangor Bakal ‘Gegar’ Indonesia
Asia Tenggara
MakanBola
Selangor FC
Advertisements

Pasukan Liga Super, Selangor FC akan bertemu dengan sebuah kelab Indonesia dalam satu aksi persahabatan.

Menerusi satu kenyataan oleh Selangor FC, The Red Giants dijemput untuk untuk ke Indonesia bagi satu aksi persahabatan dengan pasukan Liga 2 Indonesia, Persiraja.

Advertisements

Aksi yang berlangsung pada 27 Ogos di Stadium Harapan Bangsa, Bandar Aceh Indonesia itu sudah pasti menjadi tumpuan ramai.

Finalis Piala Malaysia 2022 ini bakal menggunakan kesempatan tersebut untuk memantapkan lagi pasukan terutamanya untuk menamatkan saingan Liga Super di tempat terbaik.

Advertisements

Aksi yang berlangsung pada jam 9:30 malam itu sudah pasti dijadikan medan terbaik oleh ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe bagi mengatur strategi terbaik.

Para penyokong Indonesia terutamanya penyokong setia Persiraja Banda Aceh menyambut baik perlawanan penting ini.

Advertisements

Selangor ketika ini berada pada kedudukan kedua Liga Super dengan 46 mata selepas 21 perlawanan, 14 mata dipisahkan dengan pendahulu liga, JDT.

Advertisements

Mereka juga sudah pun mengesahkan slot ke suku akhir Piala Malaysia dan bakal bertemu Terengganu FC.

News Comments Account