“Setiap Pemain Berjuang Untuk Malaysia” – Kim Pan-gon
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mempunyai sebab tersendiri tentang pemilihan 25 pemain bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyztan dan Chinese Taipei.

Ketika ditanya tentang pemilihan Mohamadou Sumareh ke kem kebangsaan kali ini, Kim Pan-gon tidak mahu menjelaskan pemilihan individu namun mengakui pemain itu penting dalam perancangan beliau.

Advertisements

“Saya tidak akan menjelaskan tentang pemilihan individu. Anda mungkin tertanya-tanya kenapa pemain ini dipilih. Setiap pemain mempunyai kekuatan tersendiri. Setiap perlawanan adalah berbeza dan ada pemain yang kita perlukan untuk melakukan hantaran silang. Ada juga pemain diperlukan untuk 20 minit terakhir.” ujar Kim Pan-gon.

“Saya tak boleh jelaskan. Jika saya perlu jelaskan tentang pemilihan individu maka saya perlu jelaskan setiap 25 pemain yang dipilih.” tambah ketua jurulatih itu.

Advertisements

Kim Pan-gon juga menyeru para penyokong Harimau Malaya agar menghormati setiap pemain yang dipilih dan tidak cepat menghukumi kesilapan pemain.

“Kita perlu menghormati setiap pemain. Saya menghormati setiap pemain kerana pemain ini akan berjuang untuk anda. Setiap pemain perlu dihormati walaupun dia melakukan kesilapan kerana manusia tidak terlepas daripada berbuat silap. Kita tidak boleh menilai berdasarkan satu kesilapan. Kita melihat komitmen, kesetiaan, pengorbanan dan kemampuan pemain membaca taktikal.” jelas Kim Pan-gon.

Advertisements

Kim Pan-gon juga bertekad mahu melakukan yang terbaik dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 dan kini fokus terhadap persediaan pasukan.

“Kelayakan Piala Dunia adalah penting kerana Piala Dunia merupakan kejohanan terbesar bola sepak. Kita akan buat yg terbaik untuk pemilihan pemain dan kita tidak mahu menyesal setelah tamat perlawanan. Kami akan fokus dan melakukan yang terbaik kerana sama ada kita gembira bersama atau kita akan menangis bersama.

Advertisements

Kim Pan-gon juga menghargai setiap sokongan yang diberikan bukan sahaja daripada penyokong malah sokongan daripada kelab-kelab Malaysia dalam membantu memperkuatkan skuad kebangsaan Malaysia.

Malaysia bakal menentang Kyrgyztan pada 16 November (Khamis) ini di Stadium Nasional Bukit Jalil dan satu lagi pasukan iaitu Chinese Taipei pada 21 November (Selasa).

Advertisements

News Comments Account