Umum mengetahui Korea Selatan merupakan pasukan terbaik di Asia dengan barisan pemain berkualiti yang dimiliki mereka. Kali ini, Singapura bakal menjadi lawan mereka dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026.
Ianya bukanlah tugas yang mudah buat Singapura untuk mengekang serangan dari Korea Selatan namun di dalam bola sepak, tiada apa yang mustahil mampu terjadi dalam perlawanan itu nanti.
Selain mengharapkan kekebalan benteng yang dijangka diisi oleh Hariss Harun dan Irfan Fandi, mereka juga perlu kebal dalam menghadapi cuaca yang sejuk luar daripada kebiasaan di Seoul.
Difahamkan, cuaca di sana pada waktu malam mengalami oenurunan di bawah sifar sejak beberapa hari kebelakangan ini. Ianya jauh berbeza daripada cuaca tropika yang biasa skuad Singapura hadapi.
“Sejuk betul di sini. Kami mendengar tentang suhu (rendah) semasa kami pulang ke rumah tetapi untuk benar-benar mengalaminya adalah sesuatu yang berbeza.
“Kami berasa kering di dalam mulut dan di tekak. Ia adalah perkara biasa. Tetapi saya fikir adalah penting kita mengadakan sesi hari ini (di cuaca sejuk). Ia adalah sesi yang lebih mencabar,” jelas kapten Singapura, Hariss Harun kepada CNA.
Singapura berdepan misi mustahil di Stadium Piala Dunia Seoul berdepan Korea Selatan malam ini dengan gergasi asia itu masih belum tewas dalam kesemua aksi antarabangsa mereka untuk tahun 2023.
Singapura dijangka menurunkan barisan terkuat dengan beberapa bintang mereka turut dibawa ke Seoul seperti Ikhsan Fandi, Irfan Fandi, Ryhan Stewart dan Ilhan Fandi.