Syed Nasrulhaq Terima Penilaian Tinggi Laman Statistik Terkemuka
MakanBola
Terengganu FC
Sponsors

Penjaga gol Terengganu FC, Syed Nasrulhaq telah menerima penilaian tinggi oleh laman statistik terkemuka antarabangsa, Sofascore selepas menampilkan aksi cemerlang dalam saingan Liga Super.

Melalui tinjauan di laman Sofascore, Syed Nasrulhaq telah menerima penilaian sebanyak 7.80 dan ianya menjadikan penjaga gol berusia 25 tahun itu sebagai penjaga gol Liga Super yang menerima penilaian tertinggi laman statistik berkenaan.

Ad

Kemenjadian aksi Nasrulhaq ternyata telah dibuktikan dalam saingan Liga Super apabila Sofascore memberikan peratusan purata penyelamatan yang berjaya sebanyak 81 peratus bagi satu perlawanan.

Ad

Biarpun dibolosi empat jaringan ketika bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Jumaat yang lepas, namun Sofascore memberikan penilaian 7.7/10 kepada Nasrulhaq selepas beliau direkodkan melakukan 9 penyelamatan sekali gus menidakkan pesta gol besar-besaran JDT di Stadium Sultan Ibrahim.

Kecemerlangan Nasrulhaq juga membolehkan beliau kini menjadi penjaga gol utama Terengganu dan mengetepikan cabaran dua penjaga gol hebat, Suhaimi Husin dan Rahadiazli Rahalim.

Ad

Jika beliau berjaya mengekalkan konsistensi, tidak mustahil namanya akan tersenarai sebagai salah seorang penjaga gol kebangsaan yang kini dibimbing pengendali baharu, Pau Marti Vicente.

Ad

Ad