Dengan Liga Super kini memasuki perlawanan ke-10, pasukan-pasukan mula mencari idea bagi merancakkan lagi sokongan penyokong. Hari ini, Terengganu memperkenalkan jersi ketiga mereka untuk musim 2023.
Pengumuman jersi baru skuad Peteh itu diumumkan menerusi laman media sosial rasmi mereka. Warna jersi kali ini sedikit berbeza dengan menggunakan warna emas berbanding warna hitam putih (jersi home) dan hijau turquoise (jersi away).
Justeru, tidak hairanlah bila mereka mempromosikan gambar pemain-pemain yang memakai jersi itu hari ini, satu ayat sudah cukup sebagai gambaran. Kenyataan tersebut berbunyi, “Truth to be told, gold is bold! (Sejujurnya, emas itu berani!)”
Antara pemain yang dipilih menggayakan jersi ketiga skuad Penyu itu ialah pemain import Uzbekistan, Sardor Kulmatov.
Sejak hantaran pengumuman itu dimuatnaik di media sosial, ramai memuji jersi berkenaan sebagai cantik dan lain dari yang lain. Jersi ketiga ini dijual pada harga RM129 sehelai di laman sesawang rasmi pasukan Terengganu.
Terengganu bakal turun beraksi dalam aksi ‘derby’ Pantai Timur menentang Sri Pahang malam ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Satu lagi kemenangan bukan saja mencalarkan rekod tanpa kalah Kedah tetapi juga melonjakkan anak-anak buah Tomislav Steinbruckner ke tangga kelima liga.