Tiket Aksi Thailand & Korea Selatan Sudah Habis Terjual
Asia Tenggara
Changsuek
Advertisements

Peminat bola sepak yang ingin menonton perlawanan Thailand menentang Korea Selatan pada 26 Mac ini bakal kecewa.

Ini selepas SiamSport melaporkan tiket perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 itu yang diadakan di Stadium Rajamangala itu sudah habis dijual.

Pengumuman ini menyaksikan skuad Gajah Perang yang dibimbing Masatada Ishii bakal mendapat sokongan padu warga Thailand pada tarikh berkenaan.

Advertisements

Ramai percaya prestasi cemerlang yang ditampilkan Thailand dalam kempen Piala Asia 2023 mendorong penyokong berpusu-pusu mendapatkan tiket.

Skuad Gajah Perang layak ke pusingan 16 terbaik Piala Asia 2023 selepas menamatkan kempen Kumpulan F sebagai naib juara kumpulan.

Thailand memberi tentangan sengit kepada Uzbekistan di pusingan 16 pasukan terbaik sebelum tewas 2-1 pada akhir perlawanan.

Advertisements

Thailand perlu meraih mata dengan Korea Selatan sekiranya ingin menjarakkan kedudukan dengan China dalam kumpulan kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia iaitu Kumpulan C.

Gajah Perang dan Pahlawan Taeguk bakal bersemuka di Seoul pada 21 Mac sebelum perlawanan timbal balik pada 26 Mac.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram