Advertisement
Yunus Alif: Saya Berharap Pemain Dapat Belajar Dari JDT
Liga Super
MakanBola
PDRM FC

Jurulatih PDRM FC, Datuk Yunus Alif berharap kejayaan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) menjulang Liga Super musim ini dapat dicontohi anak-anak buahnya.

JDT muncul juara selepas berjaya membelasah The Cops 4-0 di hadapan penyokong mereka sendiri hasil jaringan Bergson da Silva, Juan Muniz, Arif Aiman Hanapi dan pemain gantian, Fernando Forestieri.

Yunus melihat kejayaan Harimau Selatan sebagai inspirasi buat anak-anak buahnya untuk tampil lebih bagus bukan saja untuk baki saingan Liga Super. Malah, ini akan mendorong mereka untuk tampil cemerlang dalam saingan Challenge Cup.

“Kami ada dua, tiga pemain import yang tak boleh beraksi, dengan kecederaan (dan) penggantungan. Jadi, kita punya tulang belakang itu tiada. Jadi, sedikit sebanyak kita nak tampung, kita kena perbetul dan selaraskan, yang itu ambil masa sedikit.

“Walau bagaimanapun, mereka tunjuk semangat kesukanan yang tinggi. Jadi, tahniah kepada barisan jurulatih saya kerana beri cadangan banyak.

“Jadi, kita nak kekang JDT di gelanggang mereka sendiri, di tempat JDT sendiri. Saya rasa ia memerlukan kerja yang lebih tinggi lagilah,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan pada Rabu lepas.

PDRM berharap dapat menundukkan KL Rovers FC dalam aksi suku akhir kedua Challenge Cup yang berlangsung pada 5 Oktober ini.