FC Kepong B-8 Lakar Kejayaan Hebat Di Portugal
MakanBola
FC Kepong

Pasukan muda Malaysia, FC Kepong B-8 melakar pencapaian hebat di Portugal baru-baru ini.

Ini selepas FC Kepong muncul juara Kejohanan Ibercup B-8 2025 di Estoril, Portugal. FC Kepong mara ke final dengan mengalahkan Ultimate Madrid 5-3 di pentas separuh akhir.

Pada awalnya, FC Kepong B-8 mendahului 2-0. Wakil Sepanyol itu kemudiannya bangkit sebelum mendahului 3-2.

Kata-kata semangat jurulatih FC Kepong B-8, Shazwan Wong mendorong pasukan itu bangkit meraih kemenangan 5-3 pada akhir perlawanan.

Rentak kemenangan itu diteruskan di pentas final. FC Kepong B-8 menunjukkan persembahan mantap dengan mengalahkan satu lagi wakil Sepanyol, Aravaca SS 2-0.

Sebaik berjaya bergelar juara, Shazwan memanjatkan rasa syukur kepada Allah s.w.t. Ini kerana kejayaan ini dilihat bukan saja mengharumkan nama Kepong tetapi juga Malaysia.

“Syukur alhamdulillah. Bawa nama Kepong, bawa nama Malaysia,” katanya di X.

Kejohanan Ibercup B-8 disertai ramai pasukan hebat. Ini termasuk Nani FC B-12 yang dimiliki legenda Manchester United, Luis Nani.