Ads
Dunia
GEC

Normal bagi pengadil melayangkan kad merah sebagai cara mengawal disiplin perlawanan. Tetapi 10 kad merah?! Hal ini terjadi perlawanan akhir Kumpulan G Copa Sudamericana membabitkan dua kelab Amerika Selatan, Universitario de Deportes dan Gimnasia La Plata pada 29 Jun lalu.

Advertisements

Universitario tahu kemenangan bakal membantu mereka mengiringi Goias ke pusingan seterusnya. Sementara Gimnasia yang sudah tersingkir melihat perlawanan ini sebagai peluang menebus maruah mereka.

Advertisements

Perlawanan mula panas terutama selepas kelab Peru itu menyumbat gol tunggal perlawanan menerusi Piero Quispe pada minit ke-40. Keadaan tidak memihak kelab Argentina itu apabila Iganacio Miramon mengutip kad kuning kedua pada minit ke-71.

Advertisements

Advertisements

Bagaimanapun, tindakan pengadil membuang padang Franco Ramon Torres selepas meneliti rakaman pembantu pengadil video (VAR) pada minit akhir perlawanan mengakibatkan pemain dan staf kejurulatihan Gimnasia masuk ke padang.

Ini mengakibatkan pergaduhan tercetus antara kedua-dua pasukan. Pergaduhan tersebut hanya reda apabila pihak berkuasa campur tangan walaupun berdepan kesukaran.

Advertisements

Sebagai balasan, tujuh lagi pemain Gimnasia dibuang padang. Sementara Universitario pula menyaksikan dua pemain mereka iaitu penjaga gol Joao Carvallo dan pemain simpanan Xiao Taotao mengalami nasib sama.

Biarpun berjaya layak ke pusingan seterusnya Copa Sudamericana, kelab Peru itu dan Gimnasia bakal berdepan tindakan disiplin daripada Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL).

Advertisements

Ini kerana pergaduhan dan 10 kad merah yang dilayangkan itu mencemarkan imej bola sepak benua berkenaan dan kedua-dua pasukan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram