Ini Senarai Kelab Bertanding Liga Super 2025-2026
MakanBola
MFL

13 daripada 15 kelab yang memohon Lesen Kebangsaan musim 2025/26 layak beraksi dalam Liga Super musim hadapan.

Ini selepas First Instance Body (FIB) mengumumkan senarai pasukan yang layak mendapat Lesen Kebangsaan musim 2025/26.

Lapan pasukan Liga Super yang layak ialah Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor FC, Sabah FC, Kuching City FC, Terengganu FC, Sri Pahang FC, Penang FC dan Negeri Sembilan FC.

Tiga pasukan yang menerima lesen secara bersyarat ialah KL City FC, Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) dan PDRM FC.

Ketiga-tiga pasukan ini perlu menghantar maklumat kewangan tambahan kepada FIB sebelum tarikh akhir 31 Mei ini.

Jika ketiga-tiga pasukan ini gagal memenuhi syarat itu mengikut tarikh akhir tersebut, ini boleh menyebabkan lesen yang diterima mereka ditarik balik.

Dua pasukan saja yang gagal melepasi pelesenan FIB ialah Perak FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Senarai Kelab Bertanding Liga Super Musim 2025/26

1. Johor Darul Ta’zim
2. Selangor FC
3. Sabah FC
4. Kuching City FC
5. Penang FC
6. Negeri Sembilan FC
7. Terengganu FC
8. Sri Pahang FC
9. Melaka FC
10. Imigresen FC
11. KL City FC
12. PDRM FC
13. Kelantan Darul Naim FC