Dua Calon Dikenal Pasti Isi Posisi Faisal Halim
MakanBola
Selangor FC

Dua calon pemain Selangor FC dijangka bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Faisal Halim yang masih dalam proses pemulihan selepas mangsa simbahan asid pada 7 Mei.

Jurulatih Selangor, Nidzam Jamil mengenal pasti dua calon lain iaitu Mukhairi Ajmal dan pemain baharu Selangor, Reziq Bani Hani untuk berada di posisi sayap bagi perlawanan Liga Super menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Sabtu ini (18 Mei).

Ad
Advertisement

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman melalui satu hantaran di laman X.

Ad

“Ketua Jurulatih Selangor, Nidzam Jamil bakal mempertaruh sama ada Mukhairi Ajmal atau Reziq Bani Hani untuk menggantikan tempat Faisal Halim dalam perlawanan bertemu Kedah Darul Aman Sabtu ini,” kongsi Fatin Ruzaiman di laman X.

Advertisement

Posisi sayap bukanlah posisi yang asing buat kedua-dua pemain kerana versatiliti yang dimiliki mereka mampu membantu pasukan dalam mencipta gerakan bagi memburu jaringan.

Perlawanan bertemu Kedah pada Sabtu ini merupakan aksi pertama buat Selangor selepas pihak pengurusan kelab mengambil keputusan untuk menarik diri daripada beraksi di Piala Sumbangsih bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) minggu lalu.

Ad
Advertisement

Keputusan penarikan diri Selangor itu sekali gus menghadiahkan tiga mata pertama buat JDT selepas diputuskan memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 3-0.

Ad