Jurulatih Palestin, Mohammed Sharbaji melihat persiapan singkat tidak mengganggu fokus pasukan itu menjelang kempen Kelayakan Piala Asia Bawah 17 Tahun (B-17) 2027 Kumpulan E.
Ini kerana pada hematnya, barisan anak buah beliau sudah bersedia untuk memberi saingan dalam kumpulan tersebut.
“Matlamat kita ialah untuk layak (dari kumpulan) peringkat kumpulan dan kita menghormati semua pasukan yang bertanding.
“Kita memberi fokus penuh kepada aksi pertama (kumpulan) yang penting menentang Malaysia.
“Kita memiliki keyakinan terhadap pemain-pemain kita dan keupayaan mereka untuk mencapai kemenangan dalam perlawanan esok,” katanya dalam sidang media praperlawanan.
Selain Malaysia selaku tuan rumah Kumpulan E, Palestin juga bakal bersaing dengan Guam, India dan Singapura dalam kumpulan sama.
Palestin bakal membuka kempen kumpulan dengan menentang anak buah Shukor Adan pada 8 November ini di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.


