2,000 kerusi Stadium Shah Alam mendapat nafas baru di Terengganu baru-baru ini.
Ini selepas Kerteh FC memaklumkan 2,000 kerusi tersebut telah disumbangkan kepada Kerteh Sports City. Sumbangan ini dibuat oleh pengurusan Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).
“Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengurusan Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) atas sumbangan 2,000 kerusi dari Stadium Shah Alam.
“Sokongan ini amat bermakna dalam usaha menyediakan pengalaman yang lebih selesa dan berkualiti kepada penyokong kami di Kerteh,” kata kelab dalam satu kenyataan.
Kerteh turut memaklumkan proses pemasangan kerusi sedang giat dijalankan di Kerteh Sports City.
Pemasangan kerusi tersebut di stadium tersebut dijangka memberi keselesaan kepada penyokong untuk menonton perlawanan pasukan itu.