“3-1 Keputusan Yang Baik Buat Negeri Sembilan” – Azzmi Aziz
MakanBola
Negeri Sembilan FC

Pengendali Negeri Sembilan FC, Azzmi Aziz menyifatkan kekalahan 3-1 yang dialami pasukan itu di tangan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) semalam sebagai satu keputusan yang baik.

Negeri Sembilan ketinggalan pada babak pertama menerusi dua gol penyerang berbisa JDT, Bergson da Silva. Pemain sayap Myanmar, Hein Htet Aung merapatkan jurang buat pelawat pada minit ke-28.

Ad
Advertisement

Harimau Selatan memastikan kemenangan milik mereka dengan menyumbat gol ketiga menerusi kapten, Jordi Amat pada minit ke-71.

Ad

Meskipun JDT berstatus pasukan pilihan untuk perlawanan semalam, Azzmi gembira melihat anak buahnya memberi saingan sengit kepada tuan rumah di atas padang.

Advertisement

Dan bekas jurulatih PDRM FC itu percaya ini boleh dijadikan sebagai batu asas untuk tampil lebih cemerlang dalam liga selepas ini.

“Alhamdulillah. Pertamanya, tahniah kepada JDT. Dan seterusnya kepada pemain-pemain saya, tahniah juga. Kita telah beri saingan yang terbaik kepada JDT.

Ad
Advertisement

“Dan kita faham mereka sangat bagus sejak dari awal (permainan). Kita percaya keputusan 3-1 satu keputusan yang bagus buat kita,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam selepas perlawanan semalam.

Ad

Selepas ini, Negeri Sembilan bakal berentap dengan Selangor FC untuk aksi liga seterusnya pada 26 Mei ini.

Advertisement

Perlawanan itu akan diadakan di Stadium MBPJ dan bukannya Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi mengikut jadual awal liga.

Ini kerana stadium itu sedang menjalani proses penaiktarafan termasuk menambah baik sistem saliran padang. Perkara ini diumumkan pengurusan skuad Rusa baru-baru ini dan disahkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Advertisement