Liga Super
Sri Pahang
Advertisements

Beberapa pemain tempatan kini menampilkan aksi cemerlang diposisi pertahanan tengah malah turut menjadi pilihan utama buat kelab masing-masing.

Berikut merupakan 3 bek tengah tempatan yang kerap membarisi kesebelasan utama pasukan:

1. Shahrul Nizam (Terengganu)

Advertisements

Shahrul Nizam kini merupakan pemain utama Terengganu diposisi pertahanan tengah dan telah melakukan 21 penampilan liga setakat ini dan 31 penampilan dalam semua pertandingan.

Shahrul Nizam 1 3 Bek Tengah Tempatan Kini Nadi Utama Pasukan

Malah pemain berusia 25 tahun ini juga pernah diberi kepercayaan menyarung lilitan kapten dalam beberapa perlawanan.

Kekuatan fizikal beliau menyebabkan pemain lawan sukar merebut bola dan melepasi blok pertahanan Terengganu.

Advertisements

Pemain ini juga berada dalam senarai menunggu skuad Harimau Malaya tempoh hari dan Shahrul kini sabar menanti peluang untuk menyarung jersi kebangsaan Malaysia.

2. Feroz Baharudin (JDT)

Pemain berusia 23 tahun ini semakin selesa dibahagian pertahanan JDT dan mampu beraksi bersama pemain berbeza seperti Shane Lowry, Jordi Amat dan Shahrul Saad.

Advertisements

Feroz telah bermain sebanyak 19 perlawanan liga dan menyumbang 2 gol serta 1 bantuan jaringan buat JDT.

Malah Feroz turut menjadi pemain utama dalam saingan Liga Juara-Juara Asia musim ini.

Pemain ini mempunyai gaya permainan agresif dan kawalan bola yang kemas selaku pemain pertahanan tengah pasukan.

Advertisements

3. Fadhli Shas (Sri Pahang)

Fadhli Shas ketika ini menjadi pilihan utama ketua jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad untuk membarisi posisi pertahanan tengah.

Pemain berusia 32 tahun ini telah bermain sebanyak 21 perlawanan dalam semua pertandingan musim ini bersama Sri Pahang.

Malah Sri Pahang ketika ini kelab ketiga yang mempunyai rekod bolos paling sedikit dalam Liga Super iaitu sebanyak 23 kali dalam 21 perlawanan liga.

Aksi konsisten Fadhli Shas ketika ini turut membantu Sri Pahang berada ditangga keempat liga.

Penutup

Tiga nama tersebut kini menjadi pemain utama diperingkat kelab dan tidak mustahil jika nama-nama ini berada dalam pantauan Kim Pan-gon bagi memperkuatkan barisan skuad kebangsaan kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram