3 Bekas ‘Orang Penting’ Terengganu Sertai Revolusi Harimau Malaya
MakanBola
Malaysia NT

Tiga bekas individu penting Terengganu FC dikesan telah menyertai revolusi Harimau Malaya yang dicetuskan DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor.

Tiga individu penting yang dimaksudkan ialah bekas jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain, bekas jurulatih Terengganu II, Hairuddin Omar dan bekas pengarah sukan Terengganu, Joe Rozi.

Ad
image 59 3 Bekas 'Orang Penting' Terengganu Sertai Revolusi Harimau Malaya
Bekas pengarah sukan Terengganu FC, Joe Rozi sertai revolusi Harimau Malaya yang dicetuskan DYAM Tunku Ismail. Kredit Foto: Malaysia NT.

Ketiga-tiga individu ini telah dikesan berada bersama skuad kebangsaan dalam sesi latihan yang dijalankan di Padang Seri Gelam dan Stadium Sultan Ibrahim.

Ad

Selain tiga individu ini, barisan kejurulatihan Harimau Malaya yang diketuai Peter Cklamovski turut diperkuatkan bekas tonggak skuad kebangsaan yang kini menjadi pembantu jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Aidil Zafuan.

Revolusi yang dicetuskan Tunku Ismail ini memperlihatkan perubahan besar-besaran dalam struktur kejurulatihan skuad Harimau Malaya demi melihat Malaysia gah di pentas antarabangsa.

Ad

Malaysia akan memulakan aksi sulung Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal pada Selasa (25 Mac). Perlawanan tersebut bakal dilangsungkan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

Ad

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments