Selepas Karim Benzema sah menyertai kelab Saudi Pro League, Al-Ittihad, profil liga berkenaan dijangka akan naik mendadak. Dan selepas bekas penyerang Real Madrid itu, dua lagi nama bakal menyusul iaitu duo Chelsea, N’Golo Kante dan Pierre-Emerick Aubameyang.
Perkara ini didedahkan oleh wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano. Dalam kes Kante, beliau bakal menjadi rakan sepasukan baru Benzema di Al-Ittihad sekiranya perpindahan secara percuma itu dapat dimuktamadkan.
Ini selepas bekas jeneral tengah Leicester City itu semakin hampir mempersetujui kontrak bernilai €100 juta (RM494 juta) setahun dengan delegasi pemilik kelab, Dana Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF).
N’Golo Kanté is on the verge of joining Al Ittihad on free transfer! Final details are being discussed then proposal will be accepted 🚨🟡⚫️🇸🇦 #CFC
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 6, 2023
Al Ittihad directors just arrived in London to link up with PIF Saudi delegation to prepare documents.
€100m per year until 2025. pic.twitter.com/el7VDaiaq5
Sebelum ini, Kante dilaporkan bakal memperbaharui kontrak bersama Blues. Tetapi dengan perlantikan Mauricio Pochettino sebagai pengurus baru, tawaran tersebut telah ditarik balik.
Sementara Aubameyang pula dikatakan diintai oleh dua kelab Saudi, Al-Ahli dan Al-Shabab. Bagaimanapun, Romano berpandangan dua kelab itu perlu memberi tawaran menyakinkan kepadanya untuk meninggalkan Eropah dan beraksi di Saudi Pro League.
Ini kerana pada awal tahun ini, penyerang Gabon itu turut dikaitkan dengan perpindahan ke Los Angeles Football Club (LAFC). Tetapi usaha kelab Major League Soccer (MLS) itu gagal kerana Aubameyang mahu kekal beraksi di Eropah.