Seramai tiga orang calon yang berpotensi untuk menjadi pengganti kapten pasukan, Safawi Rasid di Terengganu.
Tonggak berusia 28 tahun itu difahamkan bakal pulang ke pangkuan Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tempoh perpindahannya tamat.
Berikut merupakan tiga pengganti ideal untuk mengisi kekosongan tersebut.
3- T. Saravanan (Sri Pahang)
Masa depan pemain sayap lincah Sri Pahang, T. Saravanan kembali menjadi bualan hangat peminat.
Beliau yang menjaringkan gol tunggal Tok Gajah pada aksi final Piala Malaysia 2025 dikhabarkan berada dalam radar beberapa kelab Liga Super bagi musim hadapan.
Pemain berusia 24 tahun itu mampu menampung kekosongan yang ditinggalkan oleh Safawi dengan kebolehan untuk beraksi pada kedua-dua belah sayap di atas padang.
Pada musim ini, beliau telah merekodkan tiga jaringan dalam 14 penampilan secara keseluruhan.
2- Haqimi Azim (KL City)
Pemain muda terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 24-25 ini menjadi rebutan kelab Liga Super.
Sungguhpun dikaitkan dengan perpindahan ke JDT, tonggak KL City ini dijangka akan dipinjamkan ke kelab lain untuk mendapatkan lebih banyak minit bermain.
Beliau merekodkan 7 jaringan musim ini selain mendapat panggilan secara konsisten bersama pasukan kebangsaan.
1-Luqman Hakim Shamsudin (KV Kortrijk)
Tonggak masa depan negara, Luqman Hakim menjadi antara potensi perpindahan buat Terengganu musim hadapan.
Pemain berusia 23 tahun itu dikatakan bakal pulang beraksi di Liga Malaysia dengan beberapa kelab menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmatnya.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu, Mohd Sabri Abas mengakui terdapat usaha untuk mendekati Luqman.
“Kami sudah risik pemain itu (Luqman) bagi membolehkannya beraksi bersama TFC pada saingan Liga M nanti. Lagi pun kami serius untuk mendapatkan khidmat penyerang kebangsaan itu.
“Bagi memastikan ianya menjadi kenyataan, jika tiada aral pihak kami akan mengadakan pertemuan dengan pemain itu pada Mei nanti untuk perbincangan lebih terperinci,” katanya seperti dilaporkan Stadium Astro.
Kesimpulan:
Terengganu serius untuk mendapatkan pengganti Safawi bagi mencabar posisi tiga teratas Liga Super musim hadapan.