3 Hantaran Memukau Jordi Amat Kepada Arif Aiman Julang JDT
Asia Tenggara
Johor Southern Tigers
Advertisements

Jordi Amat dan Arif Aiman kini memiliki persefahaman yang tinggi diatas padang apabila kombinasi gerakan dua pemain ini mampu menghasilkan gol buat JDT.

Visi Jordi Amat dalam mencipta hantaran berbahaya menjadi nilai tambah buat pemain pertahanan ini dan kehadiran Arif Aiman dibahagian serangan pasukan telah melengkapkan penyudah JDT.

Berikut 3 momen dimana hantaran memukau Jordi Amat kepada Arif Aiman berjaya menghadiahkan gol buat JDT:

Advertisements

1. JDT vs KL City (Liga Super)

Hantaran jarak jauh Jordi Amat bukan sahaja tepat menyinggah kaki Arif Aiman malah berjaya membelah blok pertahanan KL City dalam perlawanan tersebut.

Gol kedua JDT itu telah memperlihatkan kemampuan Jordi Amat dalam mencari ruang bagi membuka permainan dan mencipta gerakan berbahaya.

Advertisements

2. BG Pathum vs JDT (Liga Juara-Juara Asia)

Gol penyamaan oleh Arif Aiman ini telah menjadi pemangkin buat JDT untuk bangkit menewaskan BG Pathum 4-2 walaupun ketinggalan 1-0 pada awal babak permainan.

Sekali lagi hantaran Jordi Amat berjaya mencari Arif Aiman dibahagian half space dan kualiti penyudah Arif Aiman menghadiahkan gol pertama JDT dalam saingan ACL musim ini.

Advertisements

3. Perak vs JDT (Piala Malaysia)

Hantaran jarak jauh dari tengah padang oleh Jordi Amat dilihat sedikit kuat dalam perlawanan ini namun lambungan luar biasa Arif Aiman tetap mampu merobek gawang gol pasukan Perak.

Jordi Amat memahami gerakan larian Arif Aiman dan telah melakukan hantaran jarak jauh setelah melihat terdapat ruang yang ditinggalkan pemain pertahanan Perak dalam perlawanan tersebut.

Advertisements

Anda boleh menonton 3 aksi tersebut dalam video dibawah ini:

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram