3 Jurulatih Liga Super ‘Rehat Panjang’
MakanBola
Terengganu FC
Sponsors

3 orang jurulatih Liga Super terpaksa akur apabila kehilangan kerja serta-merta.

Saingan tempatan baru memasuki minggu ke-14 dengan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus gah berada di puncak liga.

Ad

Skuad kendalian Hector Biodglio berjaya menjarakkan diri dengan pasukan tangga kedua, Selangor FC dengan 8 mata manakala Sabah di tangga ketika dengan 23 mata.

Ad

Beberapa kelab bagaimanapun telah mengambil keputusan untuk berpisah dengan pengendali masing-masing susulan prestasi terumbang-ambing pasukan.

Pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner telah ditunjukkan jalan keluar selepas pasukannya mencatatkan beberapa aksi tanpa kemenangan.

Ad

Skuad Peteh yang dibarisi nama-nama besar seperti Akhyar dan Safawi Rasid, Nelson Bonilla dan Manuel Ott memulakan langkah kurang baik dalam saingan Asean Shopee Cup.

Ad

Tugasan terakhir pengendali kelahiran Croatia itu adalah ketika seri menentang PDRM di laman sendiri dengan tugasnya kini diganti oleh pemangku, Badrul Afzan.

Ad

Ketua Jurulatih Penang FC, Akmal Rizal turut mengalami nasib sama apabila pasukannya merudum secara mendadak.

Pengendali muda itu membimbing pasukan dengan baik pada permulaan musim namun hanya merakamkan satu kemenangan dalam 8 pertemuan terakhir.

Beliau kini tidak lagi bersama pasukan utara tanah air itu berbaki separuh musim 2024/25 namun difahamkan hanya mengambil cuti daripada tugasannya.

Jurulatih terbaru yang kehilangan tugas ialah pengendali Selangor, Nidzam Jamil.

Kenyataan rasmi daripada kelab memberitahu bahawa pengendali muda itu yang membuat keputusan untuk meletakkan jawatannya.

Beliau meninggalkan Gergasi Merah dengan rekod baik selepas membawa pasukan ke pentas akhir Piala FA 2024, berada di tangga kedua Liga Super dan mendahului carta kumpulan saingan ACL2 ketika ini.

Nidzam merekodkan 61 peratus kemenangan daripada 21 perlawanan yang diharungi dalam semua pertandingan bersama Merah Kuning.