3 Kelab Jepun Raih Slot ACLE Musim Hadapan
ACL
Vissel Kobe
Advertisements

Jepun akan menghantar sebanyak tiga wakil untuk bertanding di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) pada musim hadapan.

Tiga kelab yang bakal membawa cabaran negara Matahari Terbit tersebut merupakan Vissel Kobe, Yokohama F. Marinos dan juara Piala Emperor 2023 di antara Kawasaki Frontale atau Kashiwa Reysol.

Vissel Kobe yang dinobatkan sebagai Juara Liga 1 Jepun 2023 (J1 League) akan membuat penampilan ketiga di pentas Liga Juara-Juara AFC dengan pencapaian terbaik mereka berjaya mara ke separuh akhir sebelum tunduk di tangan Ulsan Hyundai pada edisi 2020.

Advertisements

Yokohama F. Marinos pula yang melayakkan diri atas tiket naib juara Liga 1 Jepun (J1 League) bakal membuat penampilan kali ketiga berturut-turut sejak 2022 dan pada edisi kali ini mereka masih bersaing di peringkat kumpulan untuk merebut tempat ke peringkat seterusnya.

Prestasi konsisten mereka di saingan domestik membolehkan mereka muncul di pentas Liga Juara-Juara AFC buat kali ketujuh sejak kejohanan ini bertukar format pada musim 2002/2003.

Advertisements

Kawasaki Frontale dan Kashiwa Reysol pula terpaksa bertarung di perlawanan akhir Piala Emperor 2023 pada 9 Disember bagi mengesahkan satu lagi slot untuk beraksi di Liga Juara-Juara AFC Elit.

Kawasaki Frontale bukanlah nama asing lagi untuk bersaing di pentas Asia memandangkan mereka sudah sepuluh kali beraksi di Liga Juara-Juara AFC sejak kali pertama pada tahun 2007.

Advertisements

Sungguhpun begitu, Kashiwa Reysol pula sudah pasti memasang impian untuk kembali membuat kemunculan semula di kejohanan tertinggi Asia itu apabila kali terakhir berjaya melayakkan diri adalah pada edisi 2018 namun mereka terkandas di peringkat kumpulan.

Liga Juara-Juara AFC Elit merupakan kejohanan bola sepak tertinggi di Asia yang diberi nafas baharu dengan beberapa perubahan format dan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pasukan-pasukan di rantau Asia bermula musim hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram