3 kelab Liga Super telah pun didenda oleh Badan bebas Financial Fair Play First Instance Body (FFP FIB).
FFP FIB telah selesai melakukan pemeriksaan terhadap laporan kewangan fasa kedua yang diserahkan oleh kesemua kelab di Liga Super musim 2024/25.
Berdasarkan penelitian terhadap semua kelab Liga Super, terdapat sepuluh (10) kelab telah berjaya menyerahkan laporan kewangan fasa kedua FFP dengan lengkap.
Walau bagaimanapun, masih ada tiga (3) kelab yang tidak berjaya untuk proses melengkapkan laporan kewangan itu disebabkan mempunyai tunggakan gaji serta caruman KWSP, LHDN, Perkeso dan EIS.
“Sekatan perpindahan pemain sebelum jendela kedua perpindahan pemain musim 2024-2025 telah dikenakan ke atas kelab-kelab terlibat.
Walau bagaimanapun, selepas 30 hari sekatan perpindahan pemain pada jendela kedua perpindahan pemain musim 2024-2025 dikenakan kepada tiga kelab tersebut, pihak MFL FFP masih belum menerima sebarang penyelesaian terhadap tunggakan tersebut.
Hal ini termasuklah persetujuan bersama kedua-dua pihak dan menghantar bukti kepada pihak FIB FFP.
“Oleh yang demikian, pihak FIB FFP telah menjatuhkan denda dengan serta merta sebanyak RM 15,000 kepada kelab-kelab tersebut,” ujar kenyataan MFL.
Oleh yang demikian, tiga kelab ini perlu menghantar bukti resit bayaran atau pelan pembayaran ansuran untuk tunggakan bayaran gaji (pemain, pengawai dan pentadbiran) dan agensi kerajaan (KWSP, LHDN, PERKESO & SIP) dalam masa tempoh 30 hari selewatnya sebelum atau pada 25 Oktober 2024.
Kegagalan, kengganan dan/atau kecuaian tiga kelab ini untuk berbuat demikian seperti yang ditetapkan di atas maka perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa FIB bagi tindakan selanjutnya.