3 Mei Tarikh Baharu Aksi All Star Kedah & Malaysia
MakanBola
Kedah Darul Aman FC
Sponsors

Berita baik buat peminat bola sepak yang ingin menyaksikan aksi persahabatan membabitkan All Star Kedah dan Malaysia.

Sebelum ini, aksi persahabatan tersebut sepatutnya diadakan pada 11 April lalu di Stadium Darul Aman.

Ad

Walau bagaimanapun, aksi itu terpaksa ditunda kerana tetamu jemputan dan legenda Portugal, Ricardo Quaresma berdepan situasi kecemasan membabitkan ahli keluarganya pada ketika itu.

Ad

Susulan itu, aksi persahabatan All Star Kedah dan Malaysia ditunda ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.

Kini, pengurusan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) memaklumkan perlawanan tersebut bakal diadakan pada 3 Mei ini.

Ad

“Perlawanan persahabatan antara All Star Kedah dan All Star Malaysia ditunda ke tarikh 3 Mei 2025 bertempat di Stadium Darul Aman pada jam 9 malam.

Ad

“Pihak KDA FC telah bersetuju untuk menyambung tawaran harga tiket “Early Bird” , sah bermula sekarang sehingga 30 April 2025 sahaja!” kata kelab dalam satu kenyataan.

Ad

All Star Malaysia dijangka menampilkan penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin, Amri Yahyah, Abdul Latif Suhaimi, Syazwan Zainon dan Azmil Azali.

All Star Kedah pula dijangka menampilkan Baddrol Bakhtiar, Radhi Mat Din, Rafdi Rashid, Victor Andrag, Nelson Sam Martin, Fauzi Nan dan Fauzi Saari.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments