3 Negara ASEAN Jadi Tumpuan, Catat Unjuran Positif Ranking FIFA
Asia Tenggara
CNA
Advertisements

Tiga negara di Asia Tenggara mula menunjukkan peningkatan ketara dari sudut ranking FIFA apabila berjaya memungut mata penting untuk melonjakkan kedudukan masing-masing.

Sebahagian negara ASEAN mengharungi aksi pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2026 sementara beberapa lagi negara mengadakan aksi persahabatan termasuklah Malaysia yang mengajurkan Pestabola Merdeka 2023.

Perkembangan cukup baik dapat dilihat pada bola sepak Asia Tenggara selepas beberapa negara berjaya memperbaiki kedudukan dalam ranking FIFA.

Advertisements

Peningkatan tertinggi berjaya direkodkan oleh Myanmar yang kini menghuni tangga ke-158 dunia apabila naik tiga tangga berbanding kedudukan sebelum ini.

Myanmar merekodkan satu kemenangan dan satu seri berdepan Macau untuk mara ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 dengan memperoleh tambahan +7.27 mata.

Advertisements

Singapura pula menjadi negara kedua dengan tambahan mata tertinggi selepas berjaya mengatasi Guam dengan jaringan yang tipis dengan jaringan 2-1 dan 1-0.

The Lions memperoleh tambahan +16.42 mata dan kini menghuni tangga ke-155 dunia selepas melonjak dua anak tangga.

Advertisements

Indonesia menjadi pasukan yang mengumpul tambahan mata paling banyak di Asia Tenggara iaitu +16.95 selepas membelasah Brunei dengan agregat 12-0.

Pasukan kendalian Shin Tae-yong melonjak dua tangga dan kini menghuni tangga ke-145 dunia.

Advertisements

Ujian berikutnya buat negara ASEAN adalah untuk mempamerkan aksi terbaik pada Kelayakan Piala Dunia 2026 yang bakal bermula November ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram