3 Pasukan Akademi JDT Kalahkan Lion City Sailors
MakanBola
Johor Southern Tigers

3 pasukan bawah umur dari Akademi Johor Darul Ta’zim (JDT) telah berjaya mencatat kemenangan ke atas kelab Singapura, Lion City Sailors.

Lion City Sailors berkunjung ke Johor bagi mengadakan satu siri perlawanan persahabatan bertemu pasukan akademi JDT melibatkan skuad bawah 19 tahun, bawah 15 tahun, bawah 14 tahun dan bawah 13 tahun.

Hasil dari siri persahabatan ini menyaksikan 3 skuad bawah umur JDT berjaya merekodkan kemenangan dengan skuad bawah 13 tahun menang dengan keputusan paling besar ke atas wakil Singapura itu.

Ad

Skuad bawah 13 tahun JDT berjaya menumbangkan Lion City Sailors dengan keputusan 5-1 sementara pasukan bawah 14 tahun The Southern Tigers juga menang selesa 2-0 xx

Ad

Satu lagi kemenangan berhasil dicapai oleh pasukan JDT IV yang turun menentang Lion City Sailors bawah 19 tahun dan kemenangan 3-2 dicatat oleh para pemain muda Harimau Selatan ini.

Sementara, skuad bawah 15 tahun JDT terpaksa akur terikat seri 1-1 menentang kumpulan umur yang sama diwakili oleh Lion City Sailor dengan kesemua aksi berlangsung di Padang Latihan Taman Mawar.

Ad
Ad

Dalam perkembangan sama, satu lagi skuad dari Akademi JDT iaitu JDT III membuka kempen Piala Presiden dengan langkah kanan apabila menang ke atas Selangor 1-0 hasil sepakan percuma Danish Hakimi.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments