Advertisement
3 Pemain Berkelas Dunia Ketuai Jentera Serangan Al-Ahli
Asia
MakanBola
@CFCJanty

Kelab Saudi Pro League, Al-Ahli bakal mempunyai barisan serangan berkelas dunia yang digeruni dalam liga berkenaan menjelang musim baru pada Ogos ini.

Ini kerana kelab tersebut sudah berjaya merekrut bekas penyerang Liverpool, Roberto Firmino. Beliau bakal disertai oleh bekas pemain sayap Manchester City, Riyad Mahrez dengan pemain tersebut sudah melepasi ujian perubatan beberapa jam lepas.

Selain duo berkenaan, Al-Ahli juga sedang berunding bagi mendapatkan pemain sayap Newcastle United, Allan Saint-Maximin.

Football Insider melaporkan kedua-dua kelab mencapai kata sepakat berkenaan yuran perpindahan Saint-Maximin dengan nilai £32 juta (RM187 juta).

Firmino sudah mula menunjukkan taringnya dengan membantu Al-Ahli membelasah kelab divisyen dua Austria, USV Stuhlfelden 18-0. Dalam perlawanan tersebut, beliau turut menyumbang dua gol.

Jika Firmino saja sudah menunjukkan bisa di bahagian serangan, tak dapat dibayangkan betapa menakutkan jentera serangan Al-Ahli bila Mahrez dan Saint-Maximin menyertai beliau di hadapan.

Al-Ahli dijangka tidak berhenti di situ saja. Selain trio ini, kelab tersebut sedang berusaha mendapatkan pemain tengah Arsenal, Thomas Partey dan mahukan pengurus Fulham, Marco Silva sebagai pengurus baru mereka.