3 Pemain Berprofil Tinggi Jadi Buruan Nafuzi Zain
Liga Super
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Dengan tetingkap perpindahan kedua bakal dibuka pada Julai ini, Kedah Darul Aman (KDA) FC sudah mula mengatur langkah memperkuat pasukan untuk pusingan kedua Liga Super. Malah, jurulatih Kenari, Nafuzi Zain dikatakan sedang memantau tiga pemain berprofil tinggi untuk dibawa masuk ke dalam pasukan.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh pemilik KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar. Menurut beliau, pemain-pemain ini sedang diperhatikan oleh beliau, Nafuzi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Khamal Idris Ali dengan harapan mampu membawa impak positif kepada pasukan.

“Kami bertiga telah berbincang dan mungkin ada dua atau tiga pemain akan dibawa ke sini Julai depan. Insya-Allah, ada tambahan muka-muka baharu untuk menampung lompong dalam pasukan ini di posisi tertentu.

Advertisements

“Insya-Allah dengan kedatangan dua atau tiga pemain baharu ini dapat memberi lebih kekuatan selain mendatangkan inspirasi kepada penyokong untuk melihat wajah-wajah baharu di tengah padang.

“Siapa mereka, itu kita tak cerita lagilah. Sebenarnya kekuatan pasukan ini bergantung kepada bahagian tengah jadi kita akan mempertingkat kemampuan di bahagian itu agar lebih ampuh,” katanya kepada media beberapa hari lepas.

Advertisements

Tidak kira siapa yang dibawa masuk, ramai mengharapkan tiga pemain berkenaan mampu memperkuat cabaran KDA FC yang menduduki tangga ketiga liga.

Dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC sukar ditandingi sebagai pendahulu liga, maka slot tempat kedua bakal menyaksikan perebutan sengit antara Selangor FC, Sri Pahang FC dan Kenari sehingga akhir musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram