3 Pemain Korea Selatan Makin Mengganas Menjelang Piala Asia
MakanBola
KFA

Menjelang Piala Asia tahun hadapan, beberapa pemain Korea Selatan yang beraksi dipentas eropah kini semakin mengganas dan menampilkan persembahan cemerlang diperingkat kelab.

Berikut merupakan 3 pemain Korea Selatan yang mencuri tumpuan ketika ini:

1. Hwang Hee-chan (Wolves)

Penyerang Korea Selatan ini memulakan musim dengan cemerlang apabila telah menjaringkan 5 gol dan mencetak 1 bantuan jaringan dalam 9 perlawanan liga.

hwang hee chan 3 Pemain Korea Selatan Makin Mengganas Menjelang Piala Asia

Hwang Hee-chan turut berada dalam kesebelasan utama pasukan sebanyak 6 kali dan jaringan penting beliau berjaya menewaskan juara bertahan, Manchester City tempoh hari.

Hwang Hee-chan juga mencetak nama selaku penjaring sewaktu kemenangan besar Korea Selatan ke atas Vietnam dan keserasian beliau bersama Son Heung-min turut dipuji.

2. Son Heung-min (Tottenham)

Kapten Korea Selatan dan Tottenham, Son Heung-min kini menikmati gaya permainan berbeza dibawah kendalian pengurus baharu, Ange Postecoglou yang menyaksikan beliau bermain selaku penyerang utama pasukan.

son heung min 3 Pemain Korea Selatan Makin Mengganas Menjelang Piala Asia

Son kini menggantikan peranan Harry Kane yang berpindah ke Bayern Munich dan beliau berjaya mengisi kekosongan tersebut dengan menjaringkan 7 gol dan 1 bantuan gol bersama Tottenham.

Berusia 31 tahun, Son kini berada dikemuncak prestasi dan pastinya bakal menjadi taruhan utama Jurgen Klinsmann di Piala Asia tahun hadapan.

3. Kim Min-jae (Bayern Munich)

Kim Min-jae baru sahaja menyertai Bayern Munich musim ini namun telah menjadi pemain penting dibahagian pertahanan tengah pasukan.

kim min jae 1 3 Pemain Korea Selatan Makin Mengganas Menjelang Piala Asia

Ketinggian dan kekuatan fizikal bukan sahaja menjadi kekuatan utama beliau malah pemain berusia 26 tahun ini juga mempunyai kepimpinan yang tinggi dan turut dihormati di Bayern Munich.

Bersama Bayern, Kim Min-jae mencatat 100% rekod kemenangan dalam saingan Bundesliga dan juga Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Aksi Kim Min-jae bersama skuad Korea Selatan juga cemerlang apabila Korea Selatan gagal dibolosi dalam 4 perlawanan terakhir mereka.